24 SEPTEMBER 2010 (FrIdaY)
SELAMAT HARI RAYA...!!!!Eh2...da abeh la raya.....dah kat kolej dah.....minggu neh kita berjumpa lagi stlah 2 minggu bercuti beraya di kampung....dah puas makan ketupat,lemang,segala kuih-muih dan yang paling penting,pnat mengumpul duit raya....haha......Seperti biasa hari neh,kita berkumpul di kolam renang untuk meneruskan perjuangan berekreasi....hehe...hari neh keadaan cuaca tidak mengizinkan kerana hujan lebat...walaubgaimanapun,aktiviti rekreasi tetap diteruskan....sebelum aktiviti hari ini dimulakan,kami dimaklumkan oleh en.Muiz bahawa satu pertandingan PENCARIAN BAKAT BARU bagi pelbagai sukan akan dijalankan....semua pelajar rekreasi diwajibkan menyertainya...pelajar hsm115c dikehendaki bermain bola keranjang....BOLA KERANJANG??xpenah aku main....bola jaring taw la...tp yg pnting semangat kesukanan mesti ada....da abeh bab sukan...n sebelum meneruskan aktiviti hari ini,kami diberi satu tugasan yang bertajuk IKHTIAR HIDUP...berkaitan dalam hutan la neh...mengikut kumpula,kami dikehendaki memberi satu contah bagi tajuk tersebut dan membentangkannya pada minggu hadapan......then,semua da settle,kita teruskan dengan pembelajaran hari ini iaitu mengenai kompas....dah lma xguna kompas....encik Muiz memberi penerangan serba ringkas mengenai penggunaan kompas.....
Secara asasnya, kompas diperbuat daripada sebatang jarum untuk menunjukkan arah utara magnet berdasarkan sebuah planet magnetomesfera. Jarum yang bebas akan dengan sendiri menunjukkan arah Utara dan peta mestilah dikoordinasikan dengan kompas tersebut.Kompas banyak digunakan sejak zaman dahulu lagi....oleh itu,terdapat pelbagai variasi kompas yang digunakan,antaranya ialah kompas pelaut, kompas gegasing, kompas falak dan kompas moden berasaskan cecair ,magnet dan teknologi GPS.....antara jenis2 kompas yang digunakan adalah seperti dibawah.....
Canggihkn dunia sekarang...dari yang berkonsep manual sehinggalah yang berteknologi tinggi yang bertujuan untuk memudahkan kehidupan kita seharian...jom kita belajar pulak tentang kebaikan dan keburukan kompas serta yang lain2......
Empat arah mata angin utama:
a) utara (0 °/ 360 °)
b) selatan ( 180 °)
c) timur (90°)
d) barat (270°)
Kebaikan dan kekurangannya:
Kebaikan:
1.Kompas boleh digunakan sebagai penyelang (protector) bagi tujuan menyukat sudut(bering)
2.Jarum Utaranya cepat dan mudah berhenti
3.Ringan dan mudah dibawa dan digunakan.
Keburukan:
1.Kompas hanya dapat sudut hampir ke 1.4 darjah sahaja (25 mills)
Kegunaan Kompas:
1.Mencari arah Utara
2.Menentukan kedudukan peta
3.Menyukat bering (sudut)
Teknik menggunakan kompas:
Perkara pertama
perkara prtama yang msti kita tahu apabila hendak gunakan kompas ialah mencari arah utara, selatan,barat dan timur juga arah lain seperti barat daya dan lain-lain. Namun,Utara yang paling penting.
Pada kompas terdapar jarum yang diwarnakan merah dan putih.Jarum kompas yang berwarna merah hendaklah sentiasa menunjukan arah utara (jika kompas jarum kompas anda (warna merah) tidak menunjukan arah utara,kita harus 'adjust' keUtara.
UTL-Utara Timur Laut TTL-Timur Timur laut TT- Timur Tenggara
ST-Selatan Tenggara UBL-Utara Barat Daya
BBL-Barat Barat Laut BBD-Barat Barat Daya SBD-Selatan Barat Daya
Perkara kedua
memahami bahagian-bahagian kompas.If kita xtahu bahagian2 kompas,mcam mana kita nak gunakannya....btul x?jom kita tgk bahagian kompas...
1-Anak panah menunjukkan arah
2-Jarum Kompas
3-Skala
4-Kanta Pembesar
5-Penjangka (roamer)
6.Penunjuk arah perjalanan
7.Tapak kompas (Base plate)
8-Bacaan Bearing (sudut)
9-Garisan penimur grid
10-Piring kompas (compass Housing)
Perkara ketiga
kita harus tahu mengenai 'bering' (sudut). Bering ialah kedudukan yang diukur mengikut perjalanan jarum jam dari satu garisan kebisaannya Utara dengan menyelang atau kompas kegarisan yang ditetapkan. Ia menjadi panduan kedudukan sesuatu tempat.Bering dinyatakan dengan angka contoh 250 d 50 ' 35".
Perkara keempat
perkara terakhir,kita harus tahu cara memegang,meletak dan melaraskan kompas ke arah yang ingin dituju....
Nampaknya macam semua dah pndai menggunakan kompas....seterunsya encik menyuruh kami bekerja secara berkumpulan dengan mencari 4 checkpoint dan mencatat darjah serta bilangan langkah bagi setiap tempat yang kami tuju tersebut....kami memulakan aktiviti dari MEJA MAKAN...
kemudian,antara lokasi yang kami pilih ialah...
checkpoint pertama:papan tanda
ini checkpoint pertama kami....bilangan darjah serta langkah dicatat....kemudian kami meneruskan ke checkpoint kedua...
Checkpoint kedua:tingkap
ini checkpoint kedua kami....bilangan langkah serta darjah dicatat....
checkpoint ketiga:papan tanda silat
seperti biasa bilangan langkah serta darjah diambil..
checkpoint keempat:stor
ini antara checkpoint2 yang kami telah pilih untuk aktiviti hari ini...kemudian encik menyuruh kami bertukar hasi kerja antara kumpulan untuk memastikan bacaan kompas untuk setiap kumpulan adalah betul....kira macam proses recheck la..hehe...
semua kerja untuk hari ini dah siap..hari pon dah senja....macam dah nak boleh balik....kita jumpa lagi minggu depan...n jangan lupa untuk aktiviti minggu depan yer.....bubye....ASSALAMUALAIKUM..............
No comments:
Post a Comment