Followers

Sunday, August 22, 2010

joM bERkhEMah

20 AUGUST 2010  (FriDAy)


As usual..kita berjumpa lagi di kolam renang.....minggu lpas kita belajar tentang alatan2 untuk perkhemahan...tapi minggu neh kita buat plak praktikal cara-cara pasang khemah....slpas bagi attandance,suma student berpindah ke satu kawasan yg lapang untuk memasang khemah....TAPI...xboleh trus pasang taw....sblum pasang kita kna tahu la jenis2 khemah yang ada serta aspek2 yg kita harus pertimbangkan sblum pasang khemah...xboleh main pasang jer....nanti klau jadi apa2 masalah,kan susah....so,sebelum pasang khemah,ada ckit discussian tentang kawasan yang sesuai untuk berkhemah...antara pandangan n pendapat kawan2 n en.Muiz  tentang jenis dan ciri2 tapak perkhemahan ialah.......:-


Khemah : Pengertian amnya adalah - Tempat perlindungan sementara yang selamat, selesa dan mempunyai kemudahan asas yang minima. Tidak kira apa bentuk dan jenis tempat berlindungan itu.

Antara jenis-jenis khemah yang biasa digunakan :
1. Khemah nylon berntuk "A" atau poncho (seperti digunkan oleh tentera)  
sesuai digunakan di kawasan tanah rendah atau pantai. Khemah jenis ini akan memberikan kitaran udara yang baik di tempat-tempat yang agak panas.


2. Khemah nylon berbentuk Dome
sesuai digunakan dipergunungan kerana boleh ditutup dan menghalang dari kesejukan. Khemah ini boleh memerangkap udara panas di dalam khemah dan menghalang angin sejuk dari menerobos ke dalam. Dengan ini memberi keselesaan kepada pengguna di persekitaran yang sejuk.
3. Khemah nylon berbentuk Igloo 
sesuai digunakan di pergunungan air batu dan di tempat bersalji. Fungsinya sama dengan khemah bentuk Dome di atas, cuma ianya lebih memanaskan.

     Mendirikan Khemah :
     Ciri-ciri yang perlu diketahui:


 1-Carilah tapah perkhemahan sebaik-baiknya lapang dan tanahnya rata

 2-Terdapat sumber/punca air berhampiran.

 3-Mendapat pancaran cahaya matahari untuk mengeringkan khemah jika  basah.
 4-Terlindung daripada tiupan angin secara terus.
 5-Jika boleh carilah tapak yang mempunyai pemandagan yang menarik.
 6-Lakukan pemeriksaan di sekitar kawasan perkhemahan (untuk keselamatan)
 7-Dirikan di kawasan yang teduh dan selesa. Tempat beristirehat apabila selesai    
     melakukan aktiviti pada siang hari.


Manakala tempat yang harus dihidarkan ialah:
1-kawasan khemah yang lembab dan berair (khemah basah dan ketidakselasaan berlaku)
2-Dikawasan tanah yang berlumpuh (mengotorkan khemah)
3-berhampiran belukar atau semak samun atau kawasan lalang (elak gangguan serangga 
    contoh nyamuk , haiwan kecil contoh ular dan jika kawasan lalang ia mudah terbakar). 
    dikawasan ini juga menyukarkan pergerakan.
4-Diatas tebing curam (risiko tergelicir atau tanah runtuh)
5-Dikawasan berbatu yang tajam, akar pokok yang timbul di permukan tanah (merosakan 
    khemah)
6-Dibawah pokok mati atau berdahan mati (risiko dahan patah dan menghempap khemah)
7-Dibawah pokok besar dan daunya rimbun (risiko dahan patah jika ribut atau hujan lebat)
8-Dibawah pokok yang beracun atau berhampiran dengannya (sepeti pokok rengas-risiko 
    gatal-gatal), juga pokok yang berduri.
9-Diatas denai binatang (laluan binatang) atau laluan manusia
10-Berhampiran tempat sumber makanan/minum haiwan di sekitarnya (risiko diserang 
    haiwan dan juga akan menakutkan haiwan)
11-Dikawasan kotor atau berhampiran dengan sampah sarap.(penyakit)


Tandas
Jarak dengan kawasan perkhemahan 100 meter dimana dalaman lubang kira-kira 4-5 meter dan dihadang dengan kain guni,plastk atau daun palma.Najis perlu ditutupi supaya tidak berbau.Jauhi dari kawasan punca air bersih.


Lubang sampah
Lubang sampah kering yang boleh dibakar separti plastik,getah dan lain-lain hendaklah dibakar dalam lubang teersebut.Sampah yang tiak boleh dibakar seperti tin,kepingan zinkhendaklah dikemekkan dahulu sebelum dikambus dan sebelum meninggalkan kawasan perkhemahan.


neh antara ciri2 bagi tempat2 yg boleh dan xboleh kita dirikan khemah....lpas neh kalau pergi camping,jangan main pasang jer,tgk dlu aspek2 yg kita sebut tadi.....ok,bila suma dh faham tentnag ciri-ciri kawasan perkhemahan,bolehlah kita pasang khemah.......tp memandangkan bilangan khemah x mencukupi,kerja pemasangan dilakukan secara bergilir2 mengikut group msing2....dibawah merupakan antara gambar sewaktu praktikal memasang khemah dijalankan.....







khemah dah siap pasang....tapi masih ada penerangan yang diberikan oleh en.Muiz......iaitu....
bahagian luar khemah atau penutup khemah mestilah ditarik dalam jarak 0.3 metar dari badan khemah dan diikat pada ranting kayu serta dicucuk ke dalam tanah bagi mengelakkan air hujan menyerap masuk kedalam khemah sekiranya hujan turun dalam jangka masa yang lama... kemudian parit kecil dikorek disekeliling khemah bagi mangalirkan air hujan yang turun dari khemah........hai...mcam xsbar nk berkhemah pulak.....






nmpaknya semua group dah lipat khemah...tp group aku yg masih berminat dengan penerangan en.Muiz...haha....ari pon dah lewat......kemudian kami meruntuhkan semula khemah yang di pasang dan dilipat dilipat seperti keadaan asal.....
dah siap mengemas khemah,semua student bersurai....TAPI minggu depan xda kelas taw...hari NUZUL AL-QURAN.......so,jgan ada yg datang clas pulak...n ada pesanan dari en.Muiz...minggu akan datang semua pelajar dikehendaki bawa tali....mcam dh boleh agak apa kita nk buat minggu akan datang kn....kita jumpa nanti.......ASSALAMUALAIKUM......










Tuesday, August 17, 2010

ALatAn pERkhEMahAN

 13 AUGUST 2010 (fRIdaY)


Seperti yg dijanjikan ari neh prjumpaan di kolam renang...no more WET WORLD...Minggu lepas en.Muiz ada pesan soh bawa satu barang...n barang yg student kna bawa ialah salah satu alatan perkhemahan...slpas decide2 ngn kwan2,brang yg aku perlu bwa ialah mancis....pentingkan mancis untuk camping neh.....antara alatan lain yg d bawa oleh kwan2 ialah tali,pisau,first aid,makanan dan mcam2 lagi.....






selepas kedatangan diambil,en.Muiz menerangkan serba sedikit tentang peralatan2 perkhemahan yang biasanya dibawa serta fungsinya...antaranya ialah :-
  i) khemah
  ii) sleeping bag (beg tidur)


  iii) Dry bag (menyimpan barang2 supaya tidak basah)

  iv) Alatan memasak (memasak makanan)
   
  

  v) Lampu suluh (digunakan pada waktu malam)
  vi) Peti kecemasan (mengubati luka)



  vii) Tali (membuat gadjet atau ampaian)


  viii) Swiss army knife


apa yg kita sebutkan tadi  adalah antara barang2 yang diperlukan untuk perkhemahan...kalau tegok jer,tapi xtahu nak guna xda guna juga kn...jom kita lihat macam mana sebenarnya semua benda yang kita sebut tadi digunakan.....


Pemakaian rusksacks.......




 Cara-cara menggunakan peralatan memasak serta beberapa peralatan lain....











dah hmpir 2 jam penerangan yang en.Muiz bagi...bnyak juga input tentang perkhemahan yg saya dapat ari neh....jam pon da hmpir pukul 7...kejap lagi dh nak berbuka puasa....so,stkat ini sajalah clas hari neh...kita jumpa lagi minggu depan...wassalam.....


Sunday, August 8, 2010

KAYAK AGAIN

6 August 2010 (Friday)


Ari neh kta jmpa lgi kt tasik wet world....still dgn aktiviti yg sma iaitu kayak....ari neh kta bg chnce plak dkt anybdy yg x brkayak lg mgu lpas utk main...



First of all,mcm biasalh...msing2 amek paddle n pkai vga utk lthan mndayung atas darat...bkn apa,neh pnting taw...npak mcm snang,tp ada jga yg xtaw buat...ats dart xpndai.dlm air apatah lgi...clap2 main kayuh jer nnti...huhu....aku pon sma jer...bkn pndai sngt...'saya budak baru blajar kalau salah tolg tnjukkan'...then bla mcm dh terror suma,msing2 agkat kayak msuk dlam air...chances 4 anybody  yg xkayak lg mgu lpas...BUT..!!!before kita brkayak....ha..bnda yg paling best kena buat.....haha....WATER CONFIDENT...semus student diwajibkan turun dalam tasik untk water confident neh....semua wajib pakai kasut taw...sebab untuk mengelakkn bahaya kalau trpijak benda tajam semasa dalam air nanti...mula2 terjun cuak juga...sebab mcm agak dalam tasiknya...dengan banyak batu yang ada....terasa juga terpijak batu yang tajam......benda 1st kena buat ialah find in group in about 5@6 people...lepas 2 kami mengikut group masing2 kena bergerak ketengah tasik....tp xda la tengah sngat..huhu...apa yang kami kena buat ialah menyelam dalam air dalam tempoh masa yg ditetapkan,meniarap n menelentangkan badan....awalnya mcam takut,sebab macam xyakin dengan jaket kselamatan yg kami pakai...bila dh cuba,n sumanya dalam keadaan baik...WAH....macam best la pulak...asa macam xnak naik pon ada...huhu...tp memandangkan aktiviti kayak yg belum d buat lagi,kami pon naik ke darat....masa neh d beri keutamaan kepada yg belum main...memandangkan aku dh main,so jadi penonton jelah..huhu................ari da mkin gelap neh..da nk mgrib pon....suma yg berkayak pon  da simpan kayak masing2....n sebelum ami balik,ada satu benda yg dipesan oleh EN.MUIZ untuk kami bawa minggu depan....nk taw apa kami kena bwa???haa....kita tngu minggu depan........daaaa.....


Last skali..apa-apa pon enjoy ur self..Cari pengalaman sebanyak mungkin..Pengalaman amat indah apabila di kenang..So renung-renungkan lah..Assalamualaikum..





Monday, August 2, 2010

JoM kITa beRkAYak

30 JULAI 2010 (FriDaY)


Hujan oh hujan....ari neh kita berekreasi dalam hujan....blum smp lg kat wet world,da basah kuyup dgn air hujan....berkat kot....haha....smp kt sana,rmai lg yg blum dtang....hujan katakan....suma brteduh d bwah satu pondok kecil.....lpas da bg attndnce,en.Muiz ctakan srba ckit tentg SEJARAH kayak n alatn brkayak.......aktiviti kenu dan kayak sebenarnya telah lama berkembang di dunia. Namun begitu, tokoh terkenal iaitu John MacGregor telah memberi nafas baru dalam aktiviti ini. Jika sebelumnya kayak kayak digunakan bagi tujuan pengangkutan, kini ia mencakupi aspek yang lebih luas lagi iaitu sukan, kesenggangan dan pendidikan. beliau telah digelar sebagai Bapa Kayak Moden sebagai mengiktiraf sumbangannya dalam perkembangan aktiviti kayak.
Beliau adalah seorang pelaut British. pengembaraan beliau ke serata dunia telah membekalkan beliau dengan pelbagai pengalaman.Pada tahun 1866, kelab kenu pertama di dunia telah ditubuhkan di Twickenham, England. Kelab ini telah bertanggungjawab mempopularkan sukan kenu  di seluruh England terutamanya di kalangan pelayar dan golongan atasan British. Tujuh tahun kemudian kelab ini telah melahirkan ramai penggiat aktiviti kayak.Kayak merupakan peralatan terpenting dalam aktiviti berkayak. Sebelum kita berkayak kita mesti tahu nama-nama di setiap bahagian badan kayak.



Bow (hadapan)
Bow ialah bahagian hadapan (hujung kayak hadapan), istilah BOW digunakan dalam pengendalian kayak. istilah BOWMEN ialah ditujukan kepada orang yang duduk dihadapan.

Stern (belakang)
Stern ialah bahagian belakang (hujung kayak belakang), istilah STERN digunakan dalam pengendalian kayak. Istilah STERNMEN ialah ditujukan kepada orang yang duduk di bahagian belakang.

Deck (bahagian geladak atas)
Bahagian atas kayak dipanggil Deck. Ia berfungsi menutup bahagian atas kayak dan melindungi bahagian kaki pendayung. Deck hadapan dipanggil Foredeck dan bahagian belakang dipanggil Aftdeck.

Toggles
toggles ialah sejenis tempat pemegang (tali) yang berada di bahagian Bow dan Stern. Ia berfungsi untuk memudahkan kita mengangkat kayak.

Cockpit (ruang legar tempat duduk)
Cockpit ialah tempat ruang legar tempat duduk pendayung yang terletak diantara foredeck dan aftdeck. Ia berfungsi untuk pendayung duduk didalam kayak.

Coaming
Coaming ialah bahagian tepi yang mengelilingi Cockpit. Ianya berfungsi sebagai penahan air untuk masuk ke dalam Cockpit. Selain itu ia juga digunakan untuk mengikat Spraycover.

Seat (tempat duduk)
Seat terletak didalam Cockpit. Seat adalah tempat duduk pendayung. 

Footrest (tempat rehat kaki)
Ia terletak didalam dibahagian Foredeck. Ia merupakan tempat meletak kaki pendayung. Ia berfungsi memberi daya cengkaman dan sokongan tenaga yang lebih melalui kombinasi pergerakan tangan. 

Hull
Hull ialah bahagian bawah kayak atau pun lantai kayak.

Keel
jika kita tengok bahagian bawah kayak ada bahagian tengah yang  timbul dari depan hingga belakang. Itu dipanggil Keel. Ia berfungsi sebagai membelah air ketika mendayung.

Hatches (tempat ruang simpan barang)
Lubang penutup yang terdapat ditengah bahagian Foredeck dan Aftdeck. Ia berfungsi untuk tempat menyimpan barang atau peralatan diri atau alat perkhemahan. Biasanya Hatches terdapat pada kayak laut sahaja....


haa....neh secara x lgsung la sejarah tntg kayak........sebelum 2 ita brcerita dlu pasl jaket kselamatan plak...neh pon salah satu bnda pnting juga.....Jaket keselamatan dan buoyancy aid merupakan peralatan keselamatan yang paling penting ketika kita berada dalam air mahupun ketika kita membuat aktiviti air. Kita tidak seharusnya membuat AKTIVITI AIR tanpa menggunakan jaket keselamatan kerana ia mungkin akan mendatangkan RISIKO.Jaket kslmatan n buoyancy aid...adakah ini bnda yg sma??jgn slah sgka....ada perbezaan taw...

Kedua-dua alat ini mempunyai FUNGSI yang sama. Namun, prestasi dan cara penggunaannya adalah berbeza. 





Buoyancy Aid ialah bahan bantuan APUNGAN. Ia berbentuk seperti VEST dan dilengkapi dengan tali pinggang. Bouyancy Aid diperbuat daripada sejenis GETAH kalis air yang lembut. ketika di air, ia akan membuatkan kita terapung secara menegak. Buoyancy Aid ini hanya boleh bertahan dalam jangka masa yang PENDEK...



Jaket Keselamatan pula ialah bahan bantuan apungan yang disarungkan ke bahagian badan melalui kepala yang menggunakan bahan apungan LUARAN seperti UDARA ataupun gas. Ketika di air ia boleh mengapungkan kita dalam kedudukan 45 darjah menegak dalam jangka masa 72 jam.





nmpaknya hujan semakin reda....suma student kna amek paddle msing2 n pkai vga...amek jarak msing2...msa neh d ajar cara2 pgang pddle n mngayak dgn cara yg btul....xleh brlngar antra stu sma lain taw..nt kna dnda ketuk ketampi..haha.....then,mcam dh terror kot....suma angkat kyak msing2 msuk dlam air...tp xsuma yg bleh join coz alatan terhad....aku partner ngn nad...bnda 1ST kna buat ialah          yg brtujuan untuk        .then,studnt kna buat prtukaran antara satu sma lain.....student yg brada d hujung sekali kiri n knan brperanan untuk mengawal kumpulan kayak supaya dalam keadaan stabil...then,km d beri kebebasan untuk brkayak d kawasan tasik 2...pusing pnyalah pusing...da lwat...en .Muiz pon da bsing...yg bestnya aku ngn nad neh asyik salah pusing jer....mulut cakap lain,tgan dayung lain...haha...kna bsing gak la dgan en.muiz....tp xksh la....da smp kt tbing,kna smpan altan msing2...tgan asa mcam nk tercabut pon ada....tp BEZZ.......