Followers

Sunday, August 22, 2010

joM bERkhEMah

20 AUGUST 2010  (FriDAy)


As usual..kita berjumpa lagi di kolam renang.....minggu lpas kita belajar tentang alatan2 untuk perkhemahan...tapi minggu neh kita buat plak praktikal cara-cara pasang khemah....slpas bagi attandance,suma student berpindah ke satu kawasan yg lapang untuk memasang khemah....TAPI...xboleh trus pasang taw....sblum pasang kita kna tahu la jenis2 khemah yang ada serta aspek2 yg kita harus pertimbangkan sblum pasang khemah...xboleh main pasang jer....nanti klau jadi apa2 masalah,kan susah....so,sebelum pasang khemah,ada ckit discussian tentang kawasan yang sesuai untuk berkhemah...antara pandangan n pendapat kawan2 n en.Muiz  tentang jenis dan ciri2 tapak perkhemahan ialah.......:-


Khemah : Pengertian amnya adalah - Tempat perlindungan sementara yang selamat, selesa dan mempunyai kemudahan asas yang minima. Tidak kira apa bentuk dan jenis tempat berlindungan itu.

Antara jenis-jenis khemah yang biasa digunakan :
1. Khemah nylon berntuk "A" atau poncho (seperti digunkan oleh tentera)  
sesuai digunakan di kawasan tanah rendah atau pantai. Khemah jenis ini akan memberikan kitaran udara yang baik di tempat-tempat yang agak panas.


2. Khemah nylon berbentuk Dome
sesuai digunakan dipergunungan kerana boleh ditutup dan menghalang dari kesejukan. Khemah ini boleh memerangkap udara panas di dalam khemah dan menghalang angin sejuk dari menerobos ke dalam. Dengan ini memberi keselesaan kepada pengguna di persekitaran yang sejuk.
3. Khemah nylon berbentuk Igloo 
sesuai digunakan di pergunungan air batu dan di tempat bersalji. Fungsinya sama dengan khemah bentuk Dome di atas, cuma ianya lebih memanaskan.

     Mendirikan Khemah :
     Ciri-ciri yang perlu diketahui:


 1-Carilah tapah perkhemahan sebaik-baiknya lapang dan tanahnya rata

 2-Terdapat sumber/punca air berhampiran.

 3-Mendapat pancaran cahaya matahari untuk mengeringkan khemah jika  basah.
 4-Terlindung daripada tiupan angin secara terus.
 5-Jika boleh carilah tapak yang mempunyai pemandagan yang menarik.
 6-Lakukan pemeriksaan di sekitar kawasan perkhemahan (untuk keselamatan)
 7-Dirikan di kawasan yang teduh dan selesa. Tempat beristirehat apabila selesai    
     melakukan aktiviti pada siang hari.


Manakala tempat yang harus dihidarkan ialah:
1-kawasan khemah yang lembab dan berair (khemah basah dan ketidakselasaan berlaku)
2-Dikawasan tanah yang berlumpuh (mengotorkan khemah)
3-berhampiran belukar atau semak samun atau kawasan lalang (elak gangguan serangga 
    contoh nyamuk , haiwan kecil contoh ular dan jika kawasan lalang ia mudah terbakar). 
    dikawasan ini juga menyukarkan pergerakan.
4-Diatas tebing curam (risiko tergelicir atau tanah runtuh)
5-Dikawasan berbatu yang tajam, akar pokok yang timbul di permukan tanah (merosakan 
    khemah)
6-Dibawah pokok mati atau berdahan mati (risiko dahan patah dan menghempap khemah)
7-Dibawah pokok besar dan daunya rimbun (risiko dahan patah jika ribut atau hujan lebat)
8-Dibawah pokok yang beracun atau berhampiran dengannya (sepeti pokok rengas-risiko 
    gatal-gatal), juga pokok yang berduri.
9-Diatas denai binatang (laluan binatang) atau laluan manusia
10-Berhampiran tempat sumber makanan/minum haiwan di sekitarnya (risiko diserang 
    haiwan dan juga akan menakutkan haiwan)
11-Dikawasan kotor atau berhampiran dengan sampah sarap.(penyakit)


Tandas
Jarak dengan kawasan perkhemahan 100 meter dimana dalaman lubang kira-kira 4-5 meter dan dihadang dengan kain guni,plastk atau daun palma.Najis perlu ditutupi supaya tidak berbau.Jauhi dari kawasan punca air bersih.


Lubang sampah
Lubang sampah kering yang boleh dibakar separti plastik,getah dan lain-lain hendaklah dibakar dalam lubang teersebut.Sampah yang tiak boleh dibakar seperti tin,kepingan zinkhendaklah dikemekkan dahulu sebelum dikambus dan sebelum meninggalkan kawasan perkhemahan.


neh antara ciri2 bagi tempat2 yg boleh dan xboleh kita dirikan khemah....lpas neh kalau pergi camping,jangan main pasang jer,tgk dlu aspek2 yg kita sebut tadi.....ok,bila suma dh faham tentnag ciri-ciri kawasan perkhemahan,bolehlah kita pasang khemah.......tp memandangkan bilangan khemah x mencukupi,kerja pemasangan dilakukan secara bergilir2 mengikut group msing2....dibawah merupakan antara gambar sewaktu praktikal memasang khemah dijalankan.....







khemah dah siap pasang....tapi masih ada penerangan yang diberikan oleh en.Muiz......iaitu....
bahagian luar khemah atau penutup khemah mestilah ditarik dalam jarak 0.3 metar dari badan khemah dan diikat pada ranting kayu serta dicucuk ke dalam tanah bagi mengelakkan air hujan menyerap masuk kedalam khemah sekiranya hujan turun dalam jangka masa yang lama... kemudian parit kecil dikorek disekeliling khemah bagi mangalirkan air hujan yang turun dari khemah........hai...mcam xsbar nk berkhemah pulak.....






nmpaknya semua group dah lipat khemah...tp group aku yg masih berminat dengan penerangan en.Muiz...haha....ari pon dah lewat......kemudian kami meruntuhkan semula khemah yang di pasang dan dilipat dilipat seperti keadaan asal.....
dah siap mengemas khemah,semua student bersurai....TAPI minggu depan xda kelas taw...hari NUZUL AL-QURAN.......so,jgan ada yg datang clas pulak...n ada pesanan dari en.Muiz...minggu akan datang semua pelajar dikehendaki bawa tali....mcam dh boleh agak apa kita nk buat minggu akan datang kn....kita jumpa nanti.......ASSALAMUALAIKUM......










No comments:

Post a Comment